Monday 2 September 2013

PERBEZAAN IKAN DARAT DAN IKAN SUNGAI??


Aduhaii ...Menggeleng kepala sorang-sorang mengenangkan kenaifan diri..
Kononnya peminat tegar ikan air tawar, tapi langsung tak tahu rupa-rupanya ikan sungai dan ikan darat tu berbeza! Mati-mati saya ingatkan bahawasanya ikan darat dan ikan sungai tu adalah sama, bezanya mungkin panggilan orang sahaja. Kotnya lah lain tempat, lain panggilannya.

Minggu lepas, ketika bersarapan saya saja duk melepak-lepak sambil mendengar rakan-rakan lain bersembang. Topiknya pun menarik juga; pasal ikan darat. Sebut saja pasal ikan darat, memang kecur air liur dibuatnya. Terbayang keenakan ikan darat goreng garam kunyit makan dengan nasi panas, fuhhh memang terangkat. Masak asam pedas pun sedap, masak tempoyak pun sedap..bakar cecah air asam pun boleh juga..Belum kira yang pekasam lagi..Pendek kata semua pun sedap. Isinya lembut dan manis. Tinggal tang tulangnya aje yang tak syok..tulang banyak.


Dalam khusyuk mendengar rakan-rakan bersembang bab ikan tu ikan ni, saya jadi pelik pula bila rakan ni tadi sekejap sebut ikan darat sekejap sebut ikan sungai. Saya pun dah jadi keliru.
" Eh, bukan ke ikan darat dengan ikan sungai tu sama je ke? "
" Mana sama..mana kamu belajo ni?? "
" Ye ke?? Dah tu apa bezanya?? "

Menurut sohabat ni, ikan sungai ialah ikan yang bermastautin dalam sungai atau tasik. Contohnya ikan tongsan, ikan kelah, ikan jelawat, ikan temoleh, baung, tapah, patin dan lain-lain yang sama tempat tinggal. Manakala ikan darat pula ikan yang terdapat dalam parit / terusan atau bendang seperti ikan puyu, sepat, dan haruan.
Kalau  search kat internet beza ikan air tawar ni memang tak jumpa. Yang ada yang ni haa ..


Ikan air tawar adalah spesis ikan yang menghabiskan kebanyakan/keseluruhan masanya tinggal di dalam air tawar seperti sungai atau tasik dengan kadar kemasinan kurang daripada 0.05% ( sumber -Wikipedia )

Pastu, ada la dinyatakan jenis-jenis ikan beserta nama saintifiknya sekali.
Tapi seronok juga, saya ada jumpa banyak blog yang menceritakan tentang pengalaman memukat dan memancing ikan air tawar ni. Macam-macam versi. Memang menarik dan mengujakan dapat tengok gambar-gambar 'nelayan sungai' dengan tangkapan masing-masing; dan sah-sahlah muka yang penuh kegembiraan. Jelesss!

Yang bagusnya, sekurang-kurangnya saya dah dapat pengetahuan baru tentang ikan sungai dan ikan darat yang langsung tak terfikir perbezaannya sebelum ini. Mungkin juga orang lain ada pendapat lain yang berbeza. Apa pun, ikan air tawar memang terbaikkk!!       

Salam Sayang....

Sunday 1 September 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-56!



Sedar tak sedar sudah 56 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Selama itu jugalah negara kita telah mengecap keamanan, keharmonian dan kemakmuran dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi, politik dan sosial. Sebagai warganegara dan generasi baru hari ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Penuhilah dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperoleh ini
sangat rapuh dan amatlah mudah diganggu gugat oleh anasir-anasir jahat yang sentiasa mencemburui kemakmuran negara kita.

Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia perlu lebih berwaspada dengan penjajahan dalam bentuk baru. Ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi menuntut kita agar lebih peka dengan isu dan persekitaran yang berlaku, untuk terus mempertahankan kemrdekaan yang sedia ada.




Tema pada tahun 2013 ialah "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Tema tersebut dipilih sebagai peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan kedaulatan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cinta akan negara; tanah air kita. Konsep sambutan pada tahun ini lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Logo kali ini lebih ringkas dan menarik berbanding tahun lepas (2012). Pada saya reka bentuk logo pada tahun 2012 agak sarat, begitu berbeza; pendek kata 'janggal' daripada tahun-tahun sebelum ini yang kesemuanya simple.

Tuntasnya, menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan kita sebagai generasi hari ini bahawa perjuangan kemerdekaan ini tidak pernah terhenti. Pengorbanan generasi terdahulu seharusnya menjadi inspirasi kepada kita untuk terus berusaha dengan gigih serta menjadi pemangkin kepada bangsa yang maju dan moden seterusnya mencapai kegemilangan dalam pelbagai segi.


Renung-renungkan mutiara kata...

" Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikiran mereka masih terbelenggu oleh oleh penjara diri "    - ( Dr. H.M. Tuah Iskandar al-Haj)

" Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan "   - ( Andre Collin )

Salam Sayang....
        

Thursday 29 August 2013

SURAH-SURAH AMALAN KETIKA HAMIL

Di sini saya kongsikan surah-surah yang boleh para ibu atau bakal-bakal ibu amalkan sepanjang kehamilan. Insya-Allah, dengan izin dan kehendak-Nya jua..
a. Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
f.
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan    yang mengajak kepada maksiat.
g.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Semoga kita dikurniakan zuriat yang sihat, sempurna, soleh/solehah. Aminn...
Wallahua'lam...

MY OPEN DIARY..


Jujurnya saya bukan seorang yang suka menulis diari. Selain diari rasmi kerja saya tu, saya memang tak pernah ada diari. Pengecualian untuk diari masa sekolah rendah yang layak disebut buku catatan je sebabnya diari kecil tu diwajibkan oleh cikgu sebagai catatan kerja rumah. Bertahan untuk beberapa minggu then tak dapat dikesan..missing in action.. Naik sekolah menengah pun sama, tak pernahnya tahan sampai sebulan. kalau pun ada catatan dalam diari tu, hanyalah contengan atau lukisan-lukisan. Dolu-dolu suka melukis..bolehlah kalau setakat nak melukis potret tu..tapi hasilnya tidaklah gah..ala-ala aje..

Tentang penulisan diari, entri ni -MY OPEN DIARY. Ya, dalam bahasa Melayunya "diari terbukaku"..Saya akan anggap blog saya ni sebagai open diary saya.. Belakangan ni selalu rasa bosan dan tak bersemangat.. Tak ada benda menarik nak dilakukan.. Oleh itu, saya cuba jadikan aktiviti menulis blog ni sebagai satu cara nak entertain hati saya. Jika ada kelapangan, saya akan cuba catat, coret dan tulis apa-apa sahaja yang saya suka, yang terlintas, pengalaman serta pengetahuan baru yang saya cedok/kutip di sepanjang "kembara" ini... Tiada rahsia ; sesiapa pun boleh baca :)..Rahsia simpan dalam hati sendiri saje hokayyy..

Semoga open diary ni dapat mengingatkan saya tentang pelbagai perkara dan mungkin juga dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Salam Sayang.....

Wednesday 21 August 2013

PERSONALITI DALAM BULAN KELAHIRAN ISLAM

Tadi, saya tanya ustaz ... “ Boleh ke kita baca personaliti kita ikut bulan kelahiran sama ada yang kajian Dato’ Dr  F tu atau berdasarkan bulan Islam?” Takut juga saya kan..( Ada yang kata tak boleh ) 


Ustaz jawab “ Dalam Islam ada kajian tentang ilmu falak.. Ilmu falak tu sendiri ada banyak cabang yang  diaplikasi/ dikaitkan dalam kehidupan manusia sejak zaman dahulu kala lagi..termasuklah pasal kajian karakter ni..”  

Saya sendiri pun ada baca satu kertas kerja tentang Ilmu Falak oleh En. Baharrudin b. Zainal dari Universiti Darul Iman,( yang saya dapat kat internet ) yang membentangkan hasil analisis tentang amalan dan kesan ilmu falak dalam memenuhi keperluan agama, sosial dan budaya. Baca di SINI 

Sementara tu, kita baca dulu yang di bawah.. Kalau nak tukar tarikh lahir dari tahun MASIHI  ke tahun HIJRAH boleh tukar kat link yang disertakan kat bawaaaah skali k :)..


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat..

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi
menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian
hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan
sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau
kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya
keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran
dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya, mudah mengangkat tangannya.
Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat
buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran dalam mendidiknya..

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia
tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras
dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya,
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan
menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat
menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah
dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari
sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun
hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia
mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-
kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga
semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan ( tertinggal...edit blk)
Orangnya baik, pendiam, dan suka merendah diri. Dia juga tidak angkuh terhadap teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini
membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik
pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya
kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu
banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat
memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.

sumber:halaqah.net

Untuk menukar tarikh lahir anda ke tahun hijrah, cuba kat SINI !

Salam Sayang....

PERSONALITI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN (JAN -OGOS)



Jom, kita semak personaliti masing-masing berdasarkan bulan kelahiran MASIHI.
( Untuk check berdasarkan kelahiran dalam bulan ISLAM pula boleh lihat di entri berikutnya selepas ini )
Yang ini adalah berdasarkan kajian selama 25 tahun oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah, bukannya ramalan bintang / horoskop / zodiak okey.. yang tu tak baik, SYIRIK ! Hukum mempercayai ramalan bintang / horoskop / zodiak adalah HARAM dan BERDOSA. Solat mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira sama ada mereka percaya atau tidak kerana perbuatan tersebut sama seperti berjumpa dengan tukang tilik/tukang ramal.  Nauzubillahi min zalik. Menakutkan, bukan?
Jom, semak..Then muhasabah diri..agak-agak yang ada tak berapa elok tu, belajar-belajarlah ubah sikap.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
Suka mendidik dan dididik
Sangatmudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka smart, kemas dan teratur.
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu.
Daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran sosial.
Cukup cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang reality dan abstrak.
Intelligent, bijak dan genius.
Berpesonaliti yang mudah berubah.
Mudah menawan hati orang lain.
Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak
Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi.


MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka kepada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu balas budi dan tahu kenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dgn hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalam bidang muzik.
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu moody.


APRIL
Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai manjakan diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Try control the emotion.
Kecenderungan bersifat dendam.
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI
Kekerasan hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros


JUN
Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai yang lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Otaknya aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat nak sembuh apabila terluka hati.
Suka kepada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya.


JULAI
Sangat seronok didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali diransang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa dengan semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kawal tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.


OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya.
Sopan santun dan caring terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai pujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk relax.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih & penyayang.
Suka mencari kawan


SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik


OKTOBER
Suka sembang.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Nampak macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Prihatin dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat.


NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Bagus untuk jadi doktor.
Cermat dan teliti.
Personality dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak sesuatu.
Diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya.
Badan yang "tough" (sasa).
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
Romantik.
Berfikiran tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.
Suka duduk di rumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


DISEMBER
Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok didampingi.
Suka bercampur dengan orang
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang berubah-ubah.
Tidak ego walaupun meletakkan harga diri yang sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.

Wallahu a'lam

Tuesday 20 August 2013

AMALAN UNTUK KEHIDUPAN POSITIF, CERIA DAN LEBIH BERSEMANGAT


Petikan yang sangat bermanfaat ni saya ambil dari page Dato’ Dr Fadzillah Kamsah.. Saya rasa jika kita jadikan amalan harian apa yang disarankan oleh beliau ni, Insya Allah hidup kita tenang, gembira dan lebih bahagia..Saranan ni bukannya khusus untuk yang dah berumah tangga sahaja, yang belum kahwin pun boleh amalkan.. Cuma pandai-pandailah adjust part yang bersama pasangan tu..boleh applykan untuk kawan-kawan atau ahli keluarga..

Jom, kita baca dan amalkan untuk segarkan dan ceriakan hidup kita..  

Terlalu ramai yang bertanya kaedah mencari  WORK LIFE BALANCE.
Di antara amalan untuk mereka samada yang BARU atau SUDAH LAMA KAWIN:

1.       Jaga solat dengan sempurna.
2.       Bangun tidur terus SENYUM & berdoa untuk dapat kebaikan dunia & akhirat.
3.       Jika sempat, sarapan bersama.
4.       Peluk pasangan sebelum pergi kerja, bukan sekadar bersalaman.
5.       Lakukan kerja dengan terbaik & ikhlas agar mendapat rezeki yang berkat & bahagia rumahtangga.
6.        Sebelum balik kerja, programkan minda dengan menyebut dalam hati: Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ini. Aku serahkan kerja & diri ku kepadaMu Ya Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan / keluarga & mudah membantu kerja rumah.
7.        Nak masuk rumah baca Bismillah, surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu.
8.        Peluk pasangan & tanya kabar.
9.       Buat kerja rumah bersama-- suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci, etc.
10.   Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid).
11.   Berbual & dengari pasangan. Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sebab isteri cuma nak lepaskan tension dengan bercerita. RAMAI SUAMI YANG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar,
12.    Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan & bermaafan,
13.    Pagar diri dengan Fatehah, ayat Kursi, & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh bdn kecuali tapak kaki & kemaluan,
14.    Programkan minda agar esok jika panjang umur agar lebih +ve, ceria, bersemangat & lebih baik daripada hari ini.
15.   Sentiasa berdoa & tawakkal kepada Allah.  

Pada saya, selain kita jaga bab agama tu, faktor lain yang terpenting dalam menyerlahkan imej positif dalam diri kita,  seterusnya menjaga dan membentuk hubungan dengan orang sekeliling kita ialah dengan bersikap positif.. Hasilnya, diri kita gembira dan aura kegembiraan / kebahagiaan  tu terpancar dari personaliti kita. Saya buat rumusan ni berdasarkan pemerhatian rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.  Yang baik, saya risik-risik untuk cuba amalkan..yang tak baik, tolak jauh-jauh. Memang tak dinafikan sangat berkesan! Saya rasa diri saya lebih baik dalam banyak segi..walaupun tak dapat nak cover semua sekali..Iyalah, saya pun manusia biasa..ada masanya terbabas juga.

Menurut pandangan Datuk Dr Maznah Hamid tentang amalan sikap positif dalam kehidupan, antaranya ialah elakkan diri daripada bersikap pesimis. Pemikiran negatif boleh merosakkan suasana kehidupan dan mengharu-birukan perasaan kita. Ia akan beri kesan buruk kepada pemikiran seterusnya anggota badan. Sentiasalah bergaul dengan orang yang berfikiran positif, periang dan sentiasa bersemangat. Inilah cara terbaik untuk kekalkan sikap optimis dlm diri.

Banyak lagi yang boleh di lakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal untuk dapat WORK LIFE BALANCE. Moga Allah rahmati segala usaha kita. Aamiin, wassalam.