Wednesday 31 July 2013

NOVEL AZFA HANANI

TEMA
Tema dalam novel Azfa Hanani ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya. Azfa Hanani seorang anak yatim piatu sanggup menerima tawaran untuk menjadi Tengku Murni bagi memastikan Datin Maziah yang baru tersedar daripada koma tidak tertekan jika mendapat tahu bahawa anak kesayangannya telah meninggal dunia.
PERSOALAN
1.             Pengorbanan dalam menempuh kehidupan.
a.                   Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan.
b.                  Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung.
c.                   Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

2.             Berani mengambil risiko.
a.                   Azfa Hanani seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
b.                  Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu.
3.        Kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian.
a.                   Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
b.                  Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.
4.        Sikap manusia yang mementingkan darjat atau pangkat.
a.                   Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup untuk menyamar kerana tamakkan harta.
b.                  Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya berkawan dengan Ekran kerana Ekran berasal dari keluarga yang susah.
c.                   Sikap Laili yang sombong dan angkuh kerana berasal daripada keluarga yang kaya.
5.        Berpegang kepada janji.
a.                   Datuk Tengku Makmur tetap menunaikan janjinya untuk membayar ‘upah’ kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai Murni.
b.                  Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan Zuraini.
c.                   Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang kepada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka.
WATAK DAN PERWATAKAN
Azfa Hanani / Aku
a.                   Azfa Hanani ialah watak utama novel ini.
b.                  Berumur 17 tahun.
c.                   Secara fizikalnya Azfa Hanani gadis yang cantik, wajahnya lembut.
d.                  Azfa Hanani kehilangan kedua ibu bapanya semasa dia masih bayi.
e.                  Dia bersekolah dalam Tingkatan Lima Kenanga di SM Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP, kecuali subjek Bahasa Inggeris.
f.                    Dia dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam serba kekurangan.
g.                   Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 km dengan menggunakan bas sekolah.
h.                  Taat kepada pak long dan mak longnya. Dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.
i.                     Penyayang. Dia amat menyayangi anak-anak pak longnya.
j.                    Bertanggungjawab. Dia tetap mengeposkan buku-buku rujukan  SPM yang ‘dipinjamnya’ itu kepada Cikgu Zamin.
k.                   Taat pada perintah agama. Buktinya, dia rajin bersembahyang dan selalunya setiap malam Jumaat dia akan membaca Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah ayah dan ibunya.
l.                     Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah baharunya, iaitu SM Taman Sari.
m.                Cekal hati. Contohnya, Azfa Hanani berjaya mengharungi kehidupan seorang diri di tempat yang baharu.
n.                  Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
o.                  Teguh jati diri. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identiti diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.
Tengku Murni / Murni
a.                   Anak perempuan Datuk T. Makmur dan Datin Maziah.
b.                  Wajahnya seiras dengan Azfa Hanani.
c.                   Meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpanya semasa memandu bersama-sama ibunya.
d.                  Gemar berpakaian ‘rugged’. Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-gambar di dalam album Tengku Murni.
e.                  Anak yang manja. Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana.
f.                    Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni baik dengan hampir semua pelajar SM Taman Sari.
g.                   Tidak mudah mengalah. Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya.
h.                  Tidak memandang rendah pada orang lain. Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering merendahkan orang lain.
Datin Maziah
a.                   Isteri Datuk Tengku Makmur.
b.                  Ibu kepada Tengku Murshadad (anak sulung), Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan akhirnya Tengku Murni.
c.                   Hidup bermadu setelah suaminya bernikah dengan seorang gadis muda.
d.                  Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
e.                  Mengalami tekanan perasaan. Tengku Mazran terpaksa meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni bagi meredakan tekanan perasaan yang dialami oleh ibunya itu.
Tengku Mazran / Abang Mazran
        a.            Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
        b.            Isterinya bernama Syafinaz.
        c.             Anak yang bertanggungjawab. Buktinya, dia  berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari
                        penawarnya, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni.
a.                   Penyayang. Buktinya, atas dasar  kasih kepada ibu, dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi ibunya.
        e.            Mengambil berat. Buktinya dia sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa  Hanani.
        f.             Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya dengan Azfa Hanani ditunaikan.
        g.             Berpendirian terbuka. Contohnya, dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berketurunan
                        bangsawan.

Syafinaz/Kak Finaz
                a.            Isteri Tengku Mazran.
                b.            Kakak ipar yang baik hati. Buktinya banyak membantu AH sepanjang dia tinggal di  rumah banglo Datin
Maziah.
c.            Sanggup berkorban. Dia telah berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah sakit.
d.            Bijak mengurus diri. Setelah AH dapat menyesuaikan dirinya, Kak Finaz menyambung tugasnya sebagai seorang arkitek.
Ekran
a.            Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika Syarikat.
                b.            Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di SM Taman Sari.
c.            Ingin menjadi akauntan. Buktinya, perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di sekolah.
d.            Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.
e.            Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal dari keluarga yang agak berada.
f.             Mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca oleh AH mengesahkan hubungan mereka.
Datuk Tengku Makmur
                a.            Suami Datin Maziah.
                b.            Mempunyai dua orang isteri.
                c.             Angkuh. Dia menilai pertolongan yang  diberikan oleh AH berdasarkan  pertimbangan wang ringgit
semata-mata.
b.                  Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari AH namun tidak berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara AH.

LATAR
Latar Tempat
1.                  Di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatannya ‘mencuri’ buku-buku rujukan dari perpustakaan terbongkar.
2.                  Di bilik pengetua. Azfa Hanani bertemu buat kali yang pertama dengan Tengku Mazran dan  Kak Finaz.
3.                  Di rumah pak long. Tempat Azfa Hanani dibesarkan.
4.                  Di Hotek Universe. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan lain-lain lagi.
5.                   Di banglo kepunyaan Datin Maziah. Tempat tinggal Azfa Hanani.
3.                   Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih yang akan diadakan.
4.                   Di Institut Lingua Franca. Tempat di mana Azfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan Bahasa Jepun.
5.                   Di rumah Tengku Ellina. Azfa Hanani dan para pelajar yang lain berlatih dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.
6.                   Di dusun Pak Haji Arshad. Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui Azfa Hanani.

Latar Masa
1.                   Latar masa novel ini mengambil masa beberapa bulan sahaja iaitu semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari.
2.                   Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam. Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi . Waktu petang pula adalah ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani yang ke-17. Latar malam ketika Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni.

Latar Masyarakat
1.    Masyarakat yang sanggup berkorban dengan  tujuan membantu orang lain.
Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.
2.    Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang. Contohnya, sungguhpun kehidupan pak long sekeluarga susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.
3.    Masyarakat yang bertanggungjawab.Contohnya, sikap Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang sekali.
4.    Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin dengan mencampakkan wang ke atas katil sebagai upah menyamar.
5.    Masyarakat pelajar. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajaran di Tingkatan 5 Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih.
6.    Masyarakat yang berpegang kepada janji.  Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.
PLOT
-          Plot ialah jalan cerita iaitu rentetan peristiwa yang ada sebab dan akibat.
-          Plot novel ini disusun secara kronologi iaitu mengikut urutan masa.
Permulaan cerita.
*       Pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap.
*       Azfa Hanani berkenalan dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz yang memintanya menyamar sebagai Tengku Murni kerana muka mereka seiras.
Perkembangan.
*       Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni dan kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari untuk bersekolah.
*       Azfa Hanani belajar menyesuaikan diri menjalani kehidupan mewah sebagai Tengku Murni. Di sekolah dia mengalami konflik kerana kadang-kadang dia menjadi Azfa Hanani dan Tengku Murni.
*       Kumpulan Budak Glamor benci akan Azfa Hanani kerana sebelum ini mereka tidak sependapat dengan Murni.
*       Azfa Hanani diminta menjadi pengerusi forum menggantikan Ellina. Dia berjaya menjalankan tugas itu dengan baik dan muncul sebagai pengerusi terbaik.
*       Tengku Muzaffar yang pada mulanya membenci Azfa Hanani kini mula menunjukkan perasaan sayang seperti seorang adik setelah sering mendengar Azfa Hanani membaca surah Yasin.
*       Berdasarkan diari Tengku Murni, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah menjadi punca putusnya hubungan antara Murni dan Ekran.
Klimaks/Puncak Cerita
*       Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar kerana sikap Tengku Muzaffar yang membenci, menghina dan menghalang Azfa Hanani daripada berkawan dengan Ekran.
*       Pertengkaran mereka didengar oleh Datin Maziah dan rahsia penyamarannya terbongkar.
*       Datin Maziah begitu marah kerana berasa tertipu lalu menampar dan menghalau Azfa Hanani dari rumah.
Peleraian Cerita
*       Penyakit lumpuh Zuraini telah sembuh setelah menjalani rawatan di Jakarta.
*       Datuk Tengku Makmur menemui orang yang dicari selama ini dan mengakui bahawa dialah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ibu bapa Azfa Hanani sehingga mereka terbunuh. Akhirnya Azfa Hanani diterima sebagai anggota keluarga mereka dan kembali ke banglo Datin Maziah.
*       Syafinaz menyambung kerjayanya sebagai arkitek.
*       Iskandar terbunuh dalam kemalangan jalan raya dan Laili cedera parah.
*       Program Hari Sumbangsih berjaya mengumpul dana melebihi sasaran yang ditetapkan.
*       Pasukan Forum Remaja Azfa Hanani menjadi johan peringkat negeri dan dia diumumkan sebagai pengerusi terbaik.
*       Kumpulan budak glamor dibubarkan.
Teknik Plot
Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang mengolah ceritanya supaya menarik dan berkesan.
1.       Teknik Pemerian / huraian / deskriptif.
-                      Teknik ini digunakan oleh pengarang untuk menjelaskan sesuatu keadaan, situasi atau perasaan. Contohnya, pengarang memerikan suasana pembelajaran di Makmal Kimia.
2.       Teknik dialog.
-                      Untuk menjadikan sesebuah cerita lebih realistik, pertuturan antara watak digunakan. Contohnya, Azfa Hanani berdialog dengan Kak Finaz.
3.       Teknik Monolog dalaman.
-                      Watak berkata-kata di dalam hati atau berfikir tentang sesuatu perkara. Contohnya, Azfa Hanani bermonolog dalaman setelah dia terasa tersindir dengan kata-kata Kamilah.
4.       Teknik Imbas Kembali
-                      Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa, kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Contohnya, Kisah Murni meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya diceritakan oleh Tengku Mazran.
5.       Teknik Suspen.
-                      Unsur suspen dapat mengundang minat pembaca untuk menghabiskan  bacaan bagi mengetahui kisah seterusnya. Contohnya, Ekran telah meninggalkan Azfa Hanani ketika di Dewan Sri Wawasan ketika mereka melawat pameran buku Pesta Buku Alam Malaysia dan kisah gerai burger Ekran dibakar.
6.       Teknik Kejutan.
-                      Pengarang menerapkan unsur kejutan untuk mewujudkan suasana pembacaan yang menarik. Contohnya, Azfa Hanani terkejut apabila melihat pak long dan Zuraini yang telah sembuh daripada penyakit lumpuh berbual dengan Datuk Tengku Makmur.
GAYA BAHASA
1.    Peribahasa – hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. (194) dan sambil menyelam minum air (173)
2.    Personifikasi – biarpun dadaku dikocak debar yang bukan kepalang hebatnya...(45)
...kerana perasaan tertarik itu acap kali hadir tanpa disedari...(151)
3.    Simile – macam rusa masuk kampung, bagai aur dengan tebing, umpama gajah putih (37).
4.    Metafora – arus lamunan (107), putik-putik kedewasaan (151), takhta hati (152)
5.    Sinkope – “Agaknya, orang tu tak dapat cari nombor PIN.” (63) “Sikit-sikit tu, fahamlah. Cuma, nak menjawab tu yang susah,” ujarku....(54)
6.    Penggunaan bahasa Arab – keadaan akan berubah tetapi mereka akan terus kuhubungi, insya-Allah. (43)
7.    Penggunaan perkataan bahasa Perancis – “merci beau coup”. (98)
8.    Paradoks - ...gadis malang yatim piatu ini mahu diangkat menjadi anak emas sebuah keluarga hartawan (20), bahawa kedua-dua orang tuanya bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia bukannya berasal dari keluarga yang miskin. (213)
NILAI
1.    Hormat-menghormati – Abang Mazran dan kak finaz menghormati pak long dan mak long walaupun mereka berketurunan bangsawan.
2.    Kasih sayang – Bapa saudara Azfa Hanani yang dipanggil pak long sanggup menjaganya dari kecil selepas kematian ayah dan ibu Azfa Hanani.
3.    Tanggungjawab – Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni demi memulihkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh datin Maziah.
4.    Kesyukuran – walaupun sebelum ini Azfa Hanani tinggal di rumah mewah milik Datin Maziah, namun dia masih gembira walaupun kembali tinggal di rumah pak longnya.
5.    Baik hati – Azfa Hanani memaafkan kesalahan Syafikah dan Fuziana dan dia sedikit pun tidak mendendami mereka.
PENGAJARAN
1.    Kita hendaklah memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Azfa Hanani sanggup membantu Kak Finaz dan Abang Mazran dengan menyamar sebagai tengku Murni.
2.    Kita hendaklah menerima takdir yang menimpa dengan reda. Azfa Hanani reda menerima takdir bahawa kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan disebabkan oleh Datuk Tengku Makmur.
3.    Kita hendaklah bersikap rendah diri terhadap orang lain walaupun berasal daripada keluarga berada. Walaupun Tengku Murni anak orang kaya, tetapi dia tidak sombong dengan rakan-rakannya yang lain.
4.    Seseorang yang pernah melakukan kesilapan mestilah mengakui kesilapannya. Datuk Tengku Makmur meminta maaf dan mengakui kesilapannya sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani.
5.    Kita hendaklah bersimpati terhadap kesusahan orang lain walaupun kita telah hidup senang. Azfa Hanani teringatkan keadaan pak long, mak long, dan sepupu-sepupunya semasa dia melihat lauk-pauk yang lazat dihidangkan kepadanya.
6.    Kita perlu menjaga maruah diri setiap masa. Azfa Hanani menolak pelawaan lelaki yang tidak dikenalinya itu yang mahu menghantarnya pulang ke rumah.

Tuesday 30 July 2013

NOVEL 6:20 - Teknik Plot, Nilai

TEKNIK PLOT

> Teknik pemerian - gambaran suasana dengan jelas. Tiba di luar kedai, saya hulurkan kesemuanya kepada Aim. Anak kecil itu tersenyum lebar dan meloncat-loncat gembira. senang hati saya melihat reaksinya. ( m/s 144)
> Teknik Dialog - perbualan antara 2 orang atau lebih - Contohnya, perbualan antara Sukma dan Pak Rashid. " Apa agendanya Pak Rashid?" " Bukan Pak Rashid yang patut beritahu kamu. Apa yang Pak Rashid boleh katakan, cuba Sukma ikut gerak hati Sukma sekarang ini...." (m/s: 156)
> Teknik monolog - watak berkata-kata dengan dirinya sendiri - Ibu tiba-tiba muram. Saya tergamam. Adakah kata-kata saya tadi amat menyentuh hatinya? (m/s 55)

NILAI

> Nilai Kasih sayang - ibu Sukma sangat sayang akan Sukma dan terlalu mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan anaknya itu, sebab itulah dia mempersoalkan tindakan Sukma bertemu dengan orang-orang yang tidak dikenali.
> Nilai Bertanggungjawab - ayah Sukma iaitu Haji Syaqir merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap masyarakat yang diwakilinya. Dia menghadiri majlis kebajikan yang dianjurkan untuk memberikan sumbangan.
> Nilai Keberanian - Sukma menunjukkan keberanian untuk pergi ke Kelab WX2 seorang diri walaupun tempat tersebut luar biasa dan hanya dibuka kepada ahli kumpulan.

NOVEL 6:20 - Latar Masa, Latar Tempat & Latar Masyarakat

LATAR

Latar Masa
> pukul 6:20 pagi - setiap pagi tepat jam 6:20, rumah Sukma akan didatangi oleh tetamu-tetamu misteri.
> waktu pagi - Sukma pergi ke kuliah di fakulti pada waktu pagi. Sukma juga bertemu Reny di Kafe Flora pada waktu pagi
> waktu malam - Sukma dan Rafiq berkunjung ke rumah Abang Aim untuk mencari rahsia tentang pergerakan kumpulan yang mempengaruhi minda remaja di tempat tersebut dan mereka juga terserempak dengan Jerry pada waktu malam itu juga ketika pulang.

Latar Tempat
> Bilik kuliah fakulti - tempat Sukma dan rakan-rakannya menghadiri kuliah dan mengadakan perbincangan.
> Kelab WX2 - Sukma pergi ke kelab tersebut untuk menyiasat perkara sebenar tentang aktiviti kumpulan tersebut yang mempengaruhi remaja untuk bertindak di luar batasan budaya dan agama.
> Kafe Flora - kedai minuman milik Su Ani - tempat pertemuan Sukma dan rakan-rakannya. Di situ juga, Sukma bertemu dengan Reny yang berasal dari Sarawak.

Latar Masyarakat
> Masyarakat pelajar yang belajar di universiti - Sukma, Teja, rafiq dan Alvin merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan.
> Masyarakat bawahan yang dipandang rendah oleh masyarakat -  nenek tua yang datang ke rumah Sukma merupakan seorang tua yang bekerja di pasar dan kedatangannya ke rumah Sukma di kejiranan yang mewah menimbulkan rasa curiga di hati ibu Sukma.
> Masyarakat pemimpin yang menjaga kebajikan anak buahnya - ayah Sukma merupakan pemimpin masyarakat yang sering mengambil berat akan kebajikan anak-anak buahnya.

NOVEL 6:20 - Tema, Persoalan, Watak perwatakan, Gaya Bahasa,

TEMA
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’ yang telah dilakukan oleh Jerry.

PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.

iv. Berani menegakkan kebenaran
Contoh: Sukma,Teja dan Rafi berusaha mencari lebih banyak bahan bukti dan maklumat berkaitan kelab WX2. Sukma sanggup pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk mengetahui keadaan sebenar kelab tersebut.

v. Menunaikan ketaatan terhadap perintah Tuhan.
Contoh: Tuan Haji Syaqir dan Sukma tidak lupa menunaikan solat walaupun mereka sibuk dengan urusan masing-masing.
vi. Prihatin terhadap masalah orang lain.
Contoh: Tuan Haji Syaqir berusaha mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan merawat penyakit kulit Ehsan.

vii. Remaja yang mudah terpengaruh.
Contoh: Iskandar, Jerry dan Reny menyertai kumpulan WX2 yang memperjuangkan kebebasan mutlak akibat dipengaruhi pemikiran barat.

WATAK DAN PERWATAKAN

Nur Sukma - watak utama
i. Anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
ii. Penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
iii. Seorang guru tarian zapin (Pada masa lapang, Sukma mengajar budak-budak berumur lima hingga dua belas tahun di kawasan perumahan tempat tinggalnya).
iv. Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).
v. Seorang yang taat kepada perintah ibu (Sukma menurut perintah ibunya yang melarangnya daripada berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri yang berada di luar rumahnya).
vi. Seorang yang merendah diri (Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya).
vii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Sukma tetap menunaikan solat setiap waktu).
viii. Seorang yang berani (Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri untuk melihat keadaan sebenar kelab tersebut).
ix. Seorang yang memiliki sifat setiakawan (Sukma sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baiknya iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pengaruh pemikiran barat).
x. Seorang yang degil (Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi dijalankan).
xi. Seorang yang baik hati (Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya).
xii. Seorang yang gigih berusaha (Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2).
xiii. Seorang yang prejudis (Sukma berburuk sangka terhadap tingkah laku ibunya).

Watak sampingan

Puan Delia
i. Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.
ii. Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).
iii. Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).
iv. Pernah bekerja di sebuah syarikat besar.
v. Berdisiplin, amanah, baik hati dan cantik.
vi. Seorang yang penyayang (ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan).
vii. Penghidap penyakit darah tinggi (Doktor menasihati ibu agar berehat di rumah).
viii. Seorang perisik (Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui pergerakan kumpulan tersebut).

Tuan Haji Syaqir
i. Seorang yang bertanggungjawab (Tuan Haji Syaqir melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah).
ii. Seorang yang prihatin (Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan).
iii. Seorang yang taat kepada perintah Tuhan (Walaupun sibuk dengan urusan harian, Tuan Haji Syaqir tetap menunaikan solat setiap waktu).
iv. Seorang yang berjasa kepada rakyat (Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling kerana jasanya terhadap mereka).
v. Seorang yang tidak emosional (Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dengan Puan Delia).
vi. Seorang yang bertolak ansur (Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke Kelab WX2 seorang diri).
vii. Seorang yang pandai memujuk (Beliau menyuruh Sukma agar memohon maaf kepada ibunya dengan segera setelah Sukma berlaku kasar dengan ibunya).

Teja
i. Seorang mahasiswa di institut pengajian tinggi awam.
ii. Teman karib kepada Sukma sejak berusia tiga belas tahun.
iii. Seorang yang sedikit nakal dan gila-gila bahasa.
iv. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi (Teja sentiasa berusaha membantu rakan-rakannya).
v. Sahabat yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi sahabatnya (Teja membantu Jerry yang bermasalah).
vi. Seorang anak yang taat terhadap kedua-dua ibu bapanya (Teja mengikut arahan ibunya yang menyuruhnya pulang ke rumah).

Reny
i. Berketurunan Iban.
ii. Seorang penari dari Kumpulan Waris Cinta.
iii. Mahir segala jenis tarian tradisional.
iv. Tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.
v. Menimba ilmu hanya melalui pembacaan.
vi. Seorang yang lemah-lembut dan berbudi bahasa (Reny memohon maaf kepada Sukma kerana tidak memberitahu tentang penglibatannya dalam Kelab WX2).
vii. Seorang anak yang rajin (Reny rajin membantu keluarganya).
viii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Jerry
i. Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.
ii. Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.
iii. Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).
iv. Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya).
v. Seorang pemuda yang ingin mencari kebebasan (Jerry sering berkunjung ke Kelab WX2 dan ruang sepi).
vi. Seorang lelaki yang baik dan boleh dipercayai (Jerry berterus terang tentang Kelab WX2 dan sedia bekerjasama dengan polis).
vii. Terlibat dengan kumpulan WX2.

Iskandar
i. Sahabat kepada Sukma sejak bersekolah menengah.
ii. Tertarik kepada Sukma.
iii. Gemar memberontak dan pesimistik (Iskandar suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang).
iv. Seorang lelaki yang ego (Iskandar suka merendahkan orang lain).
v. Bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan (Iskandar insaf tentang keterlanjurannya ketika menganggotai Kelab WX2).
vi. Boleh bekerjasama dalam mengatasi kumpulan WX2.

Kak Ros
i. Jiran kepada keluarga Sukma.
ii. Seorang Inspektor Polis yang berusia lingkungan 30-an.
iii. Hidup bersendirian tanpa kedua-dua ibu bapanya.
iv. Seorang yang cekal dan tabah (Kak Ros hidup sebatang kara setelah kematian kedua-dua orang tuanya).
v. Berani menjalankan tugas (Kak Ros menyiasat tentang kegiatan Kelab WX2).
vi. Sayang akan Sukma seperti adiknya sendiri (Kak Ros menasihati Sukma supaya sentiasa berhati-hati).
vii. Mengambil berat tentang Sukma (Kak Ros berusaha membantu Sukma).

Rafiq
i. Berasal dari Washington.
ii. Pelajar cemerlang dari Amerika.
iii. Seorang lelaki yang baik hati.
iv. Seorang yang mudah dibawa berbincang.
v. Merupakan pelajar baharu di universiti yang sama dengan Sukma.
vi. Tertarik kepada Sukma.
vii. Seorang yang berperwatakan sederhana dan merendah diri (Rafiq sentiasa merendah diri walaupun dia pelajar cemerlang).
viii. Seorang lelaki yang menyenangkan dan berwajah cerah.
ix. Mengikut ayahnya berpindah ke Malaysia.
x. Mempunyai semangat setiakawan (Rafiq sentiasa membantu Sukma mahupun Jerry yang bermasalah).

Wanita Tua/Nenek
i. Seorang wanita tua yang berdikari (Nenek hidup sendiri bersama-sama cucunya, Aim).
ii. Sayang akan cucunya.
iii. Bidan kepada ibu Sukma.
iv. Pernah mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Sukma (Nenek menjadi bidan dan pengasuh Sukma).
v. Mempunyai seorang anak lelaki yang telah meninggal dunia.
vi. Menjual buah-buahan di pasar untuk menyara kehidupannya.
vii. Seorang yang tabah (Nenek membesarkan cucunya seorang diri setelah kematian anak lelakinya)
viii. Seorang yang berperanan penting dalam mempengaruhi pandangan Sukma terhadap ibunya.

Abang Aim
i. Seorang yang kurus, badannya melengkung , berkulit gelap dan lemah.
ii. Seorang penghidap AIDS.
iii. Pernah bekerja dengan ayah Rafiq di ladang.
iv. Bekas ahli kumpulan WX2.
v. Tinggal di belakang rumah Tok Siak.
vi. Menceritakan tentang pergerakan kumpulan WX2 yang menggunakan Pati1 dan dadah untuk mempengaruhi pengikut mereka.

Aim kecil
i. Anak yatim piatu yang baru berusia lima tahun.
ii. Tinggal bersama dengan neneknya sejak berusia dua tahun.
iii. Matang walaupun masih kecil.
iv. Muncul di rumah Sukma pada 6.20 pagi.
v. Gemar makan roti.
vi. Mendengar kata (Aim sentiasa patuh akan nasihat nenek).
vii. Sayang akan neneknya.

Su Ani
i. Ibu saudara Teja.
ii. Pemilik Kafe Flora.
iii. Berkahwin dengan Su Rawi.
iv. Seorang yang pemurah (Su Ani selalu meraikan Teja dan rakan-rakannya).
v. Seorang yang baik hati (Su Ani mengajak Sukma dan rakan-rakannya makan di kafenya walaupun baharu mengenali mereka).
vi. Mesra dengan kanak-kanak.

Pak Rashid
i. Pemandu kepada ayah Sukma selama 6 tahun.
ii. Berpakaian kemas berbaju kemeja putih dan berseluar hitam.
iii. Seorang yang pandai menyimpan rahsia (Pak Rashid merahsiakan aktiviti ibu Sukma).
iv. Prihatin terhadap Sukma (Pak Rashid bimbang akan Sukma yang sentiasa keresahan).
v. Seorang yang baik hati (Pak Rashid sentiasa menawarkan tenaganya untuk membantu Sukma).

GAYA BAHASA

>>Penggunaan peribahasa - " Isy, terasa macam lepas laku pula tadi.." (m/s 21), Apakah yang ada di dalam kelab sehingga membuatkan iskandar yang saya anggap berhati kering pun boleh jadi tidak tenteram? (m/s 90)
>> Bahasa Inggeris - metal, underground, fall from grace
>> Simile kaku seperti patung cendana, bersolek pucat seperti mayat
>> Metafora - kerusi panas, pintu jawapan