Monday, 2 September 2013

PERBEZAAN IKAN DARAT DAN IKAN SUNGAI??


Aduhaii ...Menggeleng kepala sorang-sorang mengenangkan kenaifan diri..
Kononnya peminat tegar ikan air tawar, tapi langsung tak tahu rupa-rupanya ikan sungai dan ikan darat tu berbeza! Mati-mati saya ingatkan bahawasanya ikan darat dan ikan sungai tu adalah sama, bezanya mungkin panggilan orang sahaja. Kotnya lah lain tempat, lain panggilannya.

Minggu lepas, ketika bersarapan saya saja duk melepak-lepak sambil mendengar rakan-rakan lain bersembang. Topiknya pun menarik juga; pasal ikan darat. Sebut saja pasal ikan darat, memang kecur air liur dibuatnya. Terbayang keenakan ikan darat goreng garam kunyit makan dengan nasi panas, fuhhh memang terangkat. Masak asam pedas pun sedap, masak tempoyak pun sedap..bakar cecah air asam pun boleh juga..Belum kira yang pekasam lagi..Pendek kata semua pun sedap. Isinya lembut dan manis. Tinggal tang tulangnya aje yang tak syok..tulang banyak.


Dalam khusyuk mendengar rakan-rakan bersembang bab ikan tu ikan ni, saya jadi pelik pula bila rakan ni tadi sekejap sebut ikan darat sekejap sebut ikan sungai. Saya pun dah jadi keliru.
" Eh, bukan ke ikan darat dengan ikan sungai tu sama je ke? "
" Mana sama..mana kamu belajo ni?? "
" Ye ke?? Dah tu apa bezanya?? "

Menurut sohabat ni, ikan sungai ialah ikan yang bermastautin dalam sungai atau tasik. Contohnya ikan tongsan, ikan kelah, ikan jelawat, ikan temoleh, baung, tapah, patin dan lain-lain yang sama tempat tinggal. Manakala ikan darat pula ikan yang terdapat dalam parit / terusan atau bendang seperti ikan puyu, sepat, dan haruan.
Kalau  search kat internet beza ikan air tawar ni memang tak jumpa. Yang ada yang ni haa ..


Ikan air tawar adalah spesis ikan yang menghabiskan kebanyakan/keseluruhan masanya tinggal di dalam air tawar seperti sungai atau tasik dengan kadar kemasinan kurang daripada 0.05% ( sumber -Wikipedia )

Pastu, ada la dinyatakan jenis-jenis ikan beserta nama saintifiknya sekali.
Tapi seronok juga, saya ada jumpa banyak blog yang menceritakan tentang pengalaman memukat dan memancing ikan air tawar ni. Macam-macam versi. Memang menarik dan mengujakan dapat tengok gambar-gambar 'nelayan sungai' dengan tangkapan masing-masing; dan sah-sahlah muka yang penuh kegembiraan. Jelesss!

Yang bagusnya, sekurang-kurangnya saya dah dapat pengetahuan baru tentang ikan sungai dan ikan darat yang langsung tak terfikir perbezaannya sebelum ini. Mungkin juga orang lain ada pendapat lain yang berbeza. Apa pun, ikan air tawar memang terbaikkk!!       

Salam Sayang....

No comments:

Post a Comment