Tuesday, 20 August 2013

AMALAN UNTUK KEHIDUPAN POSITIF, CERIA DAN LEBIH BERSEMANGAT


Petikan yang sangat bermanfaat ni saya ambil dari page Dato’ Dr Fadzillah Kamsah.. Saya rasa jika kita jadikan amalan harian apa yang disarankan oleh beliau ni, Insya Allah hidup kita tenang, gembira dan lebih bahagia..Saranan ni bukannya khusus untuk yang dah berumah tangga sahaja, yang belum kahwin pun boleh amalkan.. Cuma pandai-pandailah adjust part yang bersama pasangan tu..boleh applykan untuk kawan-kawan atau ahli keluarga..

Jom, kita baca dan amalkan untuk segarkan dan ceriakan hidup kita..  

Terlalu ramai yang bertanya kaedah mencari  WORK LIFE BALANCE.
Di antara amalan untuk mereka samada yang BARU atau SUDAH LAMA KAWIN:

1.       Jaga solat dengan sempurna.
2.       Bangun tidur terus SENYUM & berdoa untuk dapat kebaikan dunia & akhirat.
3.       Jika sempat, sarapan bersama.
4.       Peluk pasangan sebelum pergi kerja, bukan sekadar bersalaman.
5.       Lakukan kerja dengan terbaik & ikhlas agar mendapat rezeki yang berkat & bahagia rumahtangga.
6.        Sebelum balik kerja, programkan minda dengan menyebut dalam hati: Ya Allah, aku bersyukur dapat bekerja dengan terbaik hari ini. Aku serahkan kerja & diri ku kepadaMu Ya Allah, jadikan aku bila sampai rumah aku ceria, bersemangat, tak penat, bahagia berjumpa pasangan / keluarga & mudah membantu kerja rumah.
7.        Nak masuk rumah baca Bismillah, surah al Ikhlas, senyum, beri salam & melangkah kaki kanan dulu.
8.        Peluk pasangan & tanya kabar.
9.       Buat kerja rumah bersama-- suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, memang Islam galakkan suami isteri bersama buat kerja rumah: masak, berkemas, mencuci, etc.
10.   Solat berjemaah bila berpeluang (walaupun suami afdal solat di masjid).
11.   Berbual & dengari pasangan. Isteri memang suka bercerita kisah tempat kerja. Suami belajarlah MENDENGAR dengan sayang & empati. TAK PAYAH BERI NASIHAT, sebab isteri cuma nak lepaskan tension dengan bercerita. RAMAI SUAMI YANG TAK PANDAI MENDENGAR hingga ramai isteri rasa kecewa & terbiar,
12.    Peluk pasangan sebelum tidur, pegang tangan & bermaafan,
13.    Pagar diri dengan Fatehah, ayat Kursi, & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh bdn kecuali tapak kaki & kemaluan,
14.    Programkan minda agar esok jika panjang umur agar lebih +ve, ceria, bersemangat & lebih baik daripada hari ini.
15.   Sentiasa berdoa & tawakkal kepada Allah.  

Pada saya, selain kita jaga bab agama tu, faktor lain yang terpenting dalam menyerlahkan imej positif dalam diri kita,  seterusnya menjaga dan membentuk hubungan dengan orang sekeliling kita ialah dengan bersikap positif.. Hasilnya, diri kita gembira dan aura kegembiraan / kebahagiaan  tu terpancar dari personaliti kita. Saya buat rumusan ni berdasarkan pemerhatian rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat.  Yang baik, saya risik-risik untuk cuba amalkan..yang tak baik, tolak jauh-jauh. Memang tak dinafikan sangat berkesan! Saya rasa diri saya lebih baik dalam banyak segi..walaupun tak dapat nak cover semua sekali..Iyalah, saya pun manusia biasa..ada masanya terbabas juga.

Menurut pandangan Datuk Dr Maznah Hamid tentang amalan sikap positif dalam kehidupan, antaranya ialah elakkan diri daripada bersikap pesimis. Pemikiran negatif boleh merosakkan suasana kehidupan dan mengharu-birukan perasaan kita. Ia akan beri kesan buruk kepada pemikiran seterusnya anggota badan. Sentiasalah bergaul dengan orang yang berfikiran positif, periang dan sentiasa bersemangat. Inilah cara terbaik untuk kekalkan sikap optimis dlm diri.

Banyak lagi yang boleh di lakukan. Teruskan mencari ilmu & beramal untuk dapat WORK LIFE BALANCE. Moga Allah rahmati segala usaha kita. Aamiin, wassalam.

No comments:

Post a Comment