"...... Merakamkan hiruk-pikuk kehidupan dan hal sekelilingnya di sepanjang perjalanan ini dari lensa mataku..menceduk mana yang jernih, menuras mana yang keruh..lalu aku menulis di sini, sebagai peringatan dan penambahan pengetahuan kepada diri sendiri......"
Thursday, 29 August 2013
MY OPEN DIARY..
Jujurnya saya bukan seorang yang suka menulis diari. Selain diari rasmi kerja saya tu, saya memang tak pernah ada diari. Pengecualian untuk diari masa sekolah rendah yang layak disebut buku catatan je sebabnya diari kecil tu diwajibkan oleh cikgu sebagai catatan kerja rumah. Bertahan untuk beberapa minggu then tak dapat dikesan..missing in action.. Naik sekolah menengah pun sama, tak pernahnya tahan sampai sebulan. kalau pun ada catatan dalam diari tu, hanyalah contengan atau lukisan-lukisan. Dolu-dolu suka melukis..bolehlah kalau setakat nak melukis potret tu..tapi hasilnya tidaklah gah..ala-ala aje..
Tentang penulisan diari, entri ni -MY OPEN DIARY. Ya, dalam bahasa Melayunya "diari terbukaku"..Saya akan anggap blog saya ni sebagai open diary saya.. Belakangan ni selalu rasa bosan dan tak bersemangat.. Tak ada benda menarik nak dilakukan.. Oleh itu, saya cuba jadikan aktiviti menulis blog ni sebagai satu cara nak entertain hati saya. Jika ada kelapangan, saya akan cuba catat, coret dan tulis apa-apa sahaja yang saya suka, yang terlintas, pengalaman serta pengetahuan baru yang saya cedok/kutip di sepanjang "kembara" ini... Tiada rahsia ; sesiapa pun boleh baca :)..Rahsia simpan dalam hati sendiri saje hokayyy..
Semoga open diary ni dapat mengingatkan saya tentang pelbagai perkara dan mungkin juga dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Salam Sayang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment